Langkau ke kandungan utama

AIR KOSONG KALORI!!?

AIR KOSONG KALORI ini sangat2 penting buat tubuh anda kerana dengan minum air ini, anda dapat banyak manafaat dan jangan lupa, ianya KOSONG KALORI. Jadi anda tidak akan membazir kalori anda dengan meminum air ini!!


Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air kosong kalori ini dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik

Anda ingin menurunkan berat badan? AIR KOSONG KALORI boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

Tukarkan air manis yang anda biasa minum kepada AIR KOSONG KALORI ini. Juga sebelum makan, minum sedikit AIR KOSONG KALORI ini untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

2. AIR KOSONG KALORI membantu meningkatkan tenaga

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkanAIR KOSONG KALORI. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.

Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan AIR KOSONG KALORI sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. AIR KOSONG KALORI juga mampu mengurangkan stres.

Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.

Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan AIR KOSONG KALORI di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot dengan AIR KOSONG KALORI

Minum AIR KOSONG KALORI juga membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.

Apabila anda minum AIR KOSONG KALORI dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.

Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.

Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

dan, AIR KOSONG KALORI adalah pilihan terbaik buat anda

6. AIR KOSONG KALORI dapat melancarkan proses penghadaman.

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

maka, cubalah minum AIR KOSONG KALORI ini, anda pasti tidak akan menyesal

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.

Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

AIR KOSONG KALORI yang dimaksudkan adalah AIR MASAK KOSONG/TANPA GULA/TANPA PEWARNA/TANPA PERISA


^_^



Jangan lupa daftar untuk projek S.E.K.S.I dibawah #coachBee ye!

http://projekseksi.blogspot.my/p/coach-bee.html

*****
*****

CoachBee
017.37.40.100
Cantik itu indah, Cantik itu Amanah

Ulasan

  1. woww best tu.. boleh minum air kosong kalori sepuassnya :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mudahnya Kira Kalori Bersama Coach Mummy Mars

Assalamualaikum
Ramai orang ingat cara nak kurus adalah dengan diet. Diet ini maksudnya sanggup berlapar tak nak makan dan tak nak makan nasi. Sebenarnya konsep kurus ni adalah SANGAT SALAH. Cara ini sebenarnya akan buat anda rasa nak makan yang membuak-buak dan ianya tak baik untuk kesihatan. And end up anda still kat berat yang sama dan tahap kesihatan anda tak baik, selalu tak sihat, letih dan mengantuk.

Tau tak anda pemakanan dan diet yang baik adalah dengan mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam secara tetap tanpa perlu skip satu meal pon?

Anda sebenarnya boleh makan apa saja yang anda suke tanpa perlu rasa lapar dan bersalah, dalam masa yang sama anda masih lagi dalam proses untuk menguruskan badan.



Bagaimana caranya? MUDAH SAHAJA.

Tips mudah untuk menguruskan badan tanpa perlu berasa lapar adalah dengan mengira kalori pemakanan kita. Kalori sangat diperlukan oleh badan kita. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Penting mengetahui jumlah kalori

Resepi Sihat Menu Tengah Hari : Ayam Tandori

Coach Wanie kongsikan Resepi Hebat untuk Menu Tengah Hari : Ayam Tandori
Ayam Tandoori (Hidangan untuk 6 – 8 orang)



Bahan -bahan :

2 kg (1 ekor) ayam, kulit dan lemak yang dibuang, dibelah empat 40 g (4 ulas) bawang putih, dicincang 40 g (2 inci) halia, dikisar halus 30 ml (2 sudu makan) jus lemon 250 ml (1 cawan) yogurt biasa 3 g (1 sudu teh) garam masala 3 g (1 sudu teh) serbuk ketumbar 3 g (1 sudu teh) serbuk jintan putih 3 g (1 sudu teh) serbuk kunyit 3 g (1 sudu teh) serbuk kari 3 g (1 sudu makan) paprika manis 30 ml (2 sudu makan) sos pudina (ikut pilihan) 15 ml (1 sudu makan) minyak Garam dan lada sulah secukup rasa




Cara memasak :

1. Panaskan minyak dalam kuali kecil di atas api sederhana. Masukkan ketumbar, jintan putih, kunyit, garam masala, serbuk kari, sos pudina dan paprika. Tumis sehingga wangi (kira-kira 2-3 minit). Ketepikan.
2. Campurkan bahan rempah yang telah sejuk ke dalam yogurt. Perlahan-lahan masukkan jus lemon, bawang putih, garam dan halia.
3. Cucuk daging ayam se…

3 Sebab Mengapa Wanita Lebih Susah Turunkan Berat Badan Berbanding Lelaki

Korang Tau Tak?


Wanita lebih susah untuk turunkan berat badan berbanding lelaki kerana 3 sebab ini :
#1Tubuh wanita lebih kecil dan lebih ringan berbanding lelaki maka kalori yang terbakar adalah sikit.







#2Tubuh wanita mempunyai lebih lemak dari lelaki. Lemak ini berada di bahagian dada dan pinggul. Ini untuk menampung tenaga ketika wanita itu mengandung dan menyusukan. MALANGNYA lemak ini tidak akan 'berganjak'/ terbakar walaupon wanita itu tidak mengandung.







#3Hormon wanita dan kitaran haid yang berubah menyebabkan 'water retention' yang menyebabkan peningkatan berat badan.









***

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat cara untuk kurus, boleh terus Whatsapp mummy di 019-235 8846.

Jangan lupa daftar untuk Projek SEKSI under Coach Mummy Mars yer.


*****DAFTAR DISINI***** Mummy Mars
019.235.8846
Enhancing Love through Health Care.