Langkau ke kandungan utama

5 aktiviti buat nafsu makan tidak terkawal

Assalamualaikum,

Makan, memang favourite aktiviti kita semua, bila happy makan, bila stress makan, bila boring makan...Pantang ada masa terluang memang akan diisikan dengan makan. Tapi perlukah kita makan banyak kali dalam sehari? 



Berdasaran idea yang disarankan, makan sebanyak 5 kali sehari penting dalam menjaga keseimbangan tenaga dan berat badan. Tapi tak mustahil kan kita akan makan lebih dari 5 kali sehari, lebih-lebih lagi bila ada keinginan untuk mengunyah. 

5 waktu makan = 3 kali makan besar + 2 kali snek

Ini adalah "Formula makan" yang sesuai untuk mereka yang suka mengunyah tapi dalam masa yang sama masih mahu mengekalkan bentuk badan.

Mari kita kenali aktiviti-aktiviti yang mendorong dan menyukarkan kita untuk mengawal nafsu makan.




Makan sambil menonton televisyen.
Kajian mendapati ketika menonton televisyen, kemampuan untuk mengenali rasa makanan akan menjadi berkurangan kerana deria rasa akan terganggu kerana tumpuan di tv berbanding makanan yang masuk dalam mulut. Oleh sebab itu anda akan mengunyah makanan tanpa rasa puas dan tidak tahu bila masa untuk berhenti.

Makan ketika memandu
Deria makan juga akan tertanggu apabila anda makan ketika memandu. Anda lebih cenderung untuk masukkan apa saja jenis makanan supaya perut lebih kenyang dan anda dapat memuaskan nafsu untuk mengunyah.

Berkumpul di kafateria
Aktiviti berkumpul bersama kawan-kawan tidak akan sempurna jika tidak ada makanan dan minuman walaupun hanya memesan minuman ringan saja. Inilah salah satu penyebab anda ingin mengunyah.

Menaip di komputer
Melakukan kerja-kerja di hadapan komputer, berbual di telefon atau membaca buku akan menjadi pencetus untuk anda mengunyah. Aktiviti ini juga boleh mengalihkan tumpuan otak anda dari makanan sehingga anda terus mengunyah tanpa sedar.

Makan sambil berjalan
Kajian mendapati seseorang yang makan sambil  berjalan berpotensi makana secara berlebihan pada jam yang berikutnya. Ini kerana semasa berjalan fikiran anda lebih terarah ke tempat lain sehingga anda lambat menerima isyarat untuk kenyang. 

Makan sambil berjalan juga melumpuhkan kemampuan badan untuk mengetahui rasa kenyang selepas makan sehinggkan anda masih mencari-cari makanan lain yang akan dimakan. 



Secara rumusan, multi-tasking ketika anda sedang mengunyah adalah perkara yang tidak sihat. Anda kemungkinan tidak akan sedar jumlah makan yang anda telah makan, anda tidak akan kenal erti kenyang ketika itu. 


For more tips for heathy lifestyle and beauty tips, boleh ikuti Coach Mummy Mars alam Projek Seksi!!



*****

DAFTAR DISINI

*****


Mummy Mars

019.235.8846

Enhancing Love through Health Care





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mudahnya Kira Kalori Bersama Coach Mummy Mars

Assalamualaikum Ramai orang ingat cara nak kurus adalah dengan diet. Diet ini maksudnya sanggup berlapar tak nak makan dan tak nak makan nasi. Sebenarnya konsep kurus ni adalah SANGAT SALAH. Cara ini sebenarnya akan buat anda rasa nak makan yang membuak-buak dan ianya tak baik untuk kesihatan. And end up anda still kat berat yang sama dan tahap kesihatan anda tak baik, selalu tak sihat, letih dan mengantuk. 
 Tau tak anda pemakanan dan diet yang baik adalah dengan mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam secara tetap tanpa perlu skip satu meal pon? 
 Anda sebenarnya boleh makan apa saja yang anda suke tanpa perlu rasa lapar dan bersalah, dalam masa yang sama anda masih lagi dalam proses untuk menguruskan badan. 
 Bagaimana caranya? MUDAH SAHAJA. 
 Tips mudah untuk menguruskan badan tanpa perlu berasa lapar adalah dengan mengira kalori pemakanan kita. Kalori sangat diperlukan oleh badan kita. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Pen

5 Jenis makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi.

Assalamualaikum, Berapakah umur anda?? Jika umur anda 24 tahun...... anda bernasib baik.... Jika umur anda 25 tahun.... dah kene jaga-jagaaaa..... Kenapa saya kata begitu??  Sebab.... anda mungkin akan nampak tua dari usia anda.. Tahukah anda penghasilan kolagen mula berkurangan seawal umur 25 tahun?? Haaa.. dah mula takot kan.. lagi-lagi yang belum kawin tu.. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan kolagen untuk menjaga kestabilan dan keanjalan otot, kulit, tendon, ligamen dan tulang rawan. Terdapat banyak makanan yang dapat membantu anda dalam mengembalikan dan menghasilkan kolagen dalam badan. Kolagen dalam badan dapat dihasilkan dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan protein, Vitamin C dan Vitamin K. Berikut adalah 5 contoh makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi. 1- PRODUK SUSU Untuk meningkatkan produksi kolagen dalam badan, produk susu yang kaya dengan protein bermanfaat

Mandi Pagi Lebih Cepat Kurus?

Apa Bestnya Mandi Pagi? Kalau sebelum ni kami share tidur pon boleh kurus sekarang mandi pulak. Korang tau tak mandi awal pagi ( jam 4-6 pagi ) dengan air sejuk dapat menyingkirkan kolestrol jahat dalam badan. Memang menggigil la mandi tanpa air panas tapi terasa sungguh SEGAR Mandi bermula dari kaki dahulu ikut sunnah Nabi. Mandi awal pagi juga dapat melancarkan peredaran darah dan sangat membantu untuk menaikkan seri wajah tau Kena sangat la konsep #projekseksi kami SLIM & ELEGANT! Berpagi-pagian jugak salah satu sunnah nabi Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi: Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح' "Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan." Tambahan Lagi