Langkau ke kandungan utama

Janji-janji PALSU pill kurus

Assalamualaikum,

Wahai wanita sekalian.... pernah tak belek-belek majalah, tepandang iklan pill diet dalam majalah, terpangpang testimoni pengguna  gambar sebelum dan selepas produk pil kurus... pastu "terdetik" sekejap hati tu.... cam best je... cam nak try je.... mestiii pernah kannn....

Dalam zaman orang sekarang berlumba-lumba nak cantik, berlumba-lumba nak kurus, industri perkhidmatan dan produk pelansingan badan akan menjanjikan macam-mcam kepada bakal penggunanya. Selalu sangat produk ini akan "membisikkan" janji-janji indah dan memberi harapan demi harapan menerusi iklan. Tapi realitinya, tak pernah wujud pon "Pill Magic" yang boleh menguruskan badan sekelip mata kerana rahsia sebenar adalah hanya dengan pemakanan yang sihat dan senaman.


Ada banyak "elemen" janji-janji palsu pengusaha pill kurus ni akan war-warkan kepada bakal pengguna, tapi 7 ini adalah taktik yang selalu digunakan dan kebanyakkan daripada kita mudah terpedaya.




1 -  "Anda akan cepat kurus"

Dalam dunia ini, tiada benda yang mudah, semuanya harus dilakukan dengan kerja yang keras. Begitu juga hasrat untuk menguruskan badan. Jadi janganlah terpedaya dengan janji-janji pill kurus. lebih baik bersenam supaya dapat kuruskan badan dengan lebih efektif.


2 - "Anda akan mendapat tenaga" 

Jika pill kurus menjanjikan anda untuk mendapat tenaga, sedarlah bahawa anda telah dibohongi. Satu-satunya untuk mendapat tenaga adalah dengan pemakanan yang sihat dan senaman. Cuba bersenam waktu pagi, anda akan terkejut dengan tenaga yang diperolahi sampai petang.


3- "Anda boleh makan apa saja"

Bayangkan , betapa hebatnya anda boleh makan fast food, lauk-pauk, nasi berpinggan-pinggan, lepastu itu anda hanya makan 1 pill kurus, hasilnya seminggu kemudian anda dah kurus! Hebat kan? Ini tidak logik! Untuk kuruskan badan kita harus "modify" diet kita dengan lebihkan sayuran hijau dan fokuskan kepadatan nutrien yang bakal dimiliki.


4 - "Metabolisme anda akan tinggi"

Metabolismo haya akan meningkat melalui aktiviti mengankat berat atau bersenam. Inilah satu-satunya cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang diharapkan secara semula jadi.


5 - "Perut anda akan kempis"

Tidak ada jaminan kita boleh menguruskan satu bahagian dalam tubuh kita. Anda hanya boleh mengempiskan perut dengan melakukan senaman abdomen. Walau bagaimana pun faktor genetik memainkan peranan yang besar terhadap kegemukkan. Jangan risau, anda boleh pelan senaman yang anda suka dan mudah diamalkan untuk anda kempiskan perut.


6 - "Anda tidak perlu senaman"

Kalau anda berangan nak makan pill kurus kerana "janji" meraka anda boleh kurus tanpa senaman.... maka bangunla dari tidurmu.. Hakikatnya tiada jalan pantas untuk menguruskan badan tanpa senaman. So cariklah seseuai dan mudah untuk dilakukan.


7 - "Tiada kesan sampingan"

Pill diet boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti keguguran rambut, masalah penglihatan, hilang ingatan. Terdapat banyak garis panduan yang kabur tentang industri pelansing yang sukar dibuktikan. Satu lagi fakta yang mengejutkan, kebanyakkan kajian yang dilakukan adalah kajian sendiri. Jadi keputusan yang diperolehi agak meragukan.



Sekarang anda sudah tahukan pelbagai janji palsu pill kurus kan.. 
PLEASE BARE IN MIND.... nak kurus perlukan ketatahan mental dan will power yang kuat untuk dapatkan berat badan ideal kita. 


Nak tahu lebih lanjut bagaimana untuk kekal langsing secara sihat.. boleh mendaftar #ProjekSEKSI bersama Coach Mummy Mars.


For more tips for heathy lifestyle and beauty tips, boleh ikuti Coach Mummy Mars alam Projek Seksi!!



*****

DAFTAR DISINI

*****


Mummy Mars

019.235.8846

Enhancing Love through Health Care


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mudahnya Kira Kalori Bersama Coach Mummy Mars

Assalamualaikum Ramai orang ingat cara nak kurus adalah dengan diet. Diet ini maksudnya sanggup berlapar tak nak makan dan tak nak makan nasi. Sebenarnya konsep kurus ni adalah SANGAT SALAH. Cara ini sebenarnya akan buat anda rasa nak makan yang membuak-buak dan ianya tak baik untuk kesihatan. And end up anda still kat berat yang sama dan tahap kesihatan anda tak baik, selalu tak sihat, letih dan mengantuk. 
 Tau tak anda pemakanan dan diet yang baik adalah dengan mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam secara tetap tanpa perlu skip satu meal pon? 
 Anda sebenarnya boleh makan apa saja yang anda suke tanpa perlu rasa lapar dan bersalah, dalam masa yang sama anda masih lagi dalam proses untuk menguruskan badan. 
 Bagaimana caranya? MUDAH SAHAJA. 
 Tips mudah untuk menguruskan badan tanpa perlu berasa lapar adalah dengan mengira kalori pemakanan kita. Kalori sangat diperlukan oleh badan kita. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Pen

5 Jenis makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi.

Assalamualaikum, Berapakah umur anda?? Jika umur anda 24 tahun...... anda bernasib baik.... Jika umur anda 25 tahun.... dah kene jaga-jagaaaa..... Kenapa saya kata begitu??  Sebab.... anda mungkin akan nampak tua dari usia anda.. Tahukah anda penghasilan kolagen mula berkurangan seawal umur 25 tahun?? Haaa.. dah mula takot kan.. lagi-lagi yang belum kawin tu.. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan kolagen untuk menjaga kestabilan dan keanjalan otot, kulit, tendon, ligamen dan tulang rawan. Terdapat banyak makanan yang dapat membantu anda dalam mengembalikan dan menghasilkan kolagen dalam badan. Kolagen dalam badan dapat dihasilkan dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan protein, Vitamin C dan Vitamin K. Berikut adalah 5 contoh makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi. 1- PRODUK SUSU Untuk meningkatkan produksi kolagen dalam badan, produk susu yang kaya dengan protein bermanfaat

Mandi Pagi Lebih Cepat Kurus?

Apa Bestnya Mandi Pagi? Kalau sebelum ni kami share tidur pon boleh kurus sekarang mandi pulak. Korang tau tak mandi awal pagi ( jam 4-6 pagi ) dengan air sejuk dapat menyingkirkan kolestrol jahat dalam badan. Memang menggigil la mandi tanpa air panas tapi terasa sungguh SEGAR Mandi bermula dari kaki dahulu ikut sunnah Nabi. Mandi awal pagi juga dapat melancarkan peredaran darah dan sangat membantu untuk menaikkan seri wajah tau Kena sangat la konsep #projekseksi kami SLIM & ELEGANT! Berpagi-pagian jugak salah satu sunnah nabi Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi: Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح' "Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan." Tambahan Lagi