Langkau ke kandungan utama

7 tips kekal sihat tanpa kos yang TINGGI

Kita memang dah tahu, mencegah adalah berjuta-juta kali lebih baik daripada mengubati. Malahan ada kajian mengatakan pengurusan yang teliti dan betul dalam kehidupan seharian membolehkan kita kekal sihat tanpa perlu bergantung kepada sebarang ubatan.

Percaya lah, kos makanan untuk sihat dan CANTIK semakin meningkat. Malahan ramai yang berhabis duit beratus-ratus sehingga beribu ringgit untuk pastikan mereka sentiasa makan makanan yang sihat dan berzat.

Ok, kita lupakan sebentar berkenaan Tips Memilih Makanan dengan Bajet Rendah. Fokus kepada bagaimana cara untuk kekal sihat tanpa kos yang tinggi. Selain daripada makanan, berikut merupakan tips-tips yang boleh anda praktikkan bagi mengekalkan kesihatan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi


1. KURANGKAN STRESS

Kebanyakan rakyat Malaysia memperuntukkan lebih kurang 12jam sehari dan 6hari seminggu semata-mata untuk kerja sahaja. Tekanan ditempat kerja!! Oleh itu, cuba lah ambil cuti sehari dua dan luangkan sedikit masa untuk berehat dan bersantai.

Pergi lah melancong, menonton ataupun bersukan. Aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga. Lakukanlah semua yang boleh menggembirakan anda dan keluaga, pastinya stress anda akan hilang dan anda akan kembali bekerja keesokkan harinya dengan lebih bersemangat

2. JUMPA DOKTOR ANDA

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dengan doktor anda. Ujian rutin ini pastinya akan dapat mengesan sesuatu masalah dengan lebih awal. Rawatlah diawal masalah kerana apabila masalah kesihatan semakin kronik, maka kos mengubatinya pasti menjadi semakin tinggi

3. KAWAL!!!

Kawal diri dari terdedah dengan persekitaran yang tak sihat
Kawal diri dari penggunaan bahan kimia dan racun perosak!!

Pastikan anda guna barangan yang semulajadi dan selamat


4. TIDUR AWAL

 Sepertimana yang kita tahu, Tidur Yang Cukup amat penting bagi tubuh kita dalam proses pemulihan dan membaiki serta pengawalseliaan badan. Proses detoksifikasi berlaku pada waktu kita tidur. Dengan memberi tubuh kita tidur atau reha yang cukup, pastinya menyegarkan tubuh apabila kita bangun keesokkan harinya. Psst.. Tabiat tidur yang tidak cukup mampu 'mencuri' sedikit wang anda. Jadi, jaga waktu tidur anda!!


5. JAGA KEBERSIHAN

Salah satu cara untuk elak dari jatuh sakit adalah dengan mencuci tangan anda dengan lebih kerap terutamanya sebelum makan atau minum.


6. BANYAKKAN BERSENAM

Semua orang tahu, nak sihat kena bersenam tetapi berapa ramai yang melakukannya? Jangan risau, KAMI akan bantu anda bagaimana untuk bersenam dirumah dalam waktu yang singkat dan langsung tidak menjejaskan kesihatan atau penyusuan susuibu. in shaa Allah 

7. KURANGKAN NIKOTIN DAN KAFEIN

Kurangkan rokok..kalau boleh, hentikan terus. Anda sedang menyeksa tubuh anda
Kawal pengambilan kopi, apa kata tukarkan tabiat minum kopi kepada air kosong yang sememangkan memberi anda lebih kesegaran dan bertenaga.
Psst... sekiranya anda perokok tegar, satu tips untuk anda... Anda boleh cuba menggantikan rokok kepada lobak merah atau saderi. Pastikan pengganti untuk rokok ini sihat. Jangan pula anda gantikan dengan pisang goreng atau kuih muih yang manis dan berlemak. Ini akan membuatkan saiz pinggang anda semakin bertambah

 

Senangkan?







Jangan lupa daftar untuk projek S.E.K.S.I dibawah #coachBee ye!

http://projekseksi.blogspot.my/p/coach-bee.html


*****

*****


CoachBee
017.37.40.100
Cantik itu indah, Cantik itu Amanah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mudahnya Kira Kalori Bersama Coach Mummy Mars

Assalamualaikum Ramai orang ingat cara nak kurus adalah dengan diet. Diet ini maksudnya sanggup berlapar tak nak makan dan tak nak makan nasi. Sebenarnya konsep kurus ni adalah SANGAT SALAH. Cara ini sebenarnya akan buat anda rasa nak makan yang membuak-buak dan ianya tak baik untuk kesihatan. And end up anda still kat berat yang sama dan tahap kesihatan anda tak baik, selalu tak sihat, letih dan mengantuk. 
 Tau tak anda pemakanan dan diet yang baik adalah dengan mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam secara tetap tanpa perlu skip satu meal pon? 
 Anda sebenarnya boleh makan apa saja yang anda suke tanpa perlu rasa lapar dan bersalah, dalam masa yang sama anda masih lagi dalam proses untuk menguruskan badan. 
 Bagaimana caranya? MUDAH SAHAJA. 
 Tips mudah untuk menguruskan badan tanpa perlu berasa lapar adalah dengan mengira kalori pemakanan kita. Kalori sangat diperlukan oleh badan kita. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Pen

5 Jenis makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi.

Assalamualaikum, Berapakah umur anda?? Jika umur anda 24 tahun...... anda bernasib baik.... Jika umur anda 25 tahun.... dah kene jaga-jagaaaa..... Kenapa saya kata begitu??  Sebab.... anda mungkin akan nampak tua dari usia anda.. Tahukah anda penghasilan kolagen mula berkurangan seawal umur 25 tahun?? Haaa.. dah mula takot kan.. lagi-lagi yang belum kawin tu.. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan kolagen untuk menjaga kestabilan dan keanjalan otot, kulit, tendon, ligamen dan tulang rawan. Terdapat banyak makanan yang dapat membantu anda dalam mengembalikan dan menghasilkan kolagen dalam badan. Kolagen dalam badan dapat dihasilkan dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan protein, Vitamin C dan Vitamin K. Berikut adalah 5 contoh makanan yang mengandungi kandungan kolagen tertinggi. 1- PRODUK SUSU Untuk meningkatkan produksi kolagen dalam badan, produk susu yang kaya dengan protein bermanfaat

Mandi Pagi Lebih Cepat Kurus?

Apa Bestnya Mandi Pagi? Kalau sebelum ni kami share tidur pon boleh kurus sekarang mandi pulak. Korang tau tak mandi awal pagi ( jam 4-6 pagi ) dengan air sejuk dapat menyingkirkan kolestrol jahat dalam badan. Memang menggigil la mandi tanpa air panas tapi terasa sungguh SEGAR Mandi bermula dari kaki dahulu ikut sunnah Nabi. Mandi awal pagi juga dapat melancarkan peredaran darah dan sangat membantu untuk menaikkan seri wajah tau Kena sangat la konsep #projekseksi kami SLIM & ELEGANT! Berpagi-pagian jugak salah satu sunnah nabi Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi: Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح' "Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan." Tambahan Lagi