Langkau ke kandungan utama

Resepi Sihat Menu Tengah Hari : Ayam Tandori

Coach Wanie kongsikan Resepi Hebat untuk Menu Tengah Hari : Ayam Tandori

Ayam Tandoori (Hidangan untuk 6 – 8 orang)



Bahan -bahan :

2 kg (1 ekor) ayam, kulit dan lemak yang dibuang, dibelah empat
40 g (4 ulas) bawang putih, dicincang
40 g (2 inci) halia, dikisar halus
30 ml (2 sudu makan) jus lemon
250 ml (1 cawan) yogurt biasa
3 g (1 sudu teh) garam masala
3 g (1 sudu teh) serbuk ketumbar
3 g (1 sudu teh) serbuk jintan putih
3 g (1 sudu teh) serbuk kunyit
3 g (1 sudu teh) serbuk kari
3 g (1 sudu makan) paprika manis
30 ml (2 sudu makan) sos pudina (ikut pilihan)
15 ml (1 sudu makan) minyak
Garam dan lada sulah secukup rasa





Cara memasak :

1. Panaskan minyak dalam kuali kecil di atas api sederhana. Masukkan ketumbar, jintan putih, kunyit, garam masala, serbuk kari, sos pudina dan paprika. Tumis sehingga wangi (kira-kira 2-3 minit). Ketepikan.

2. Campurkan bahan rempah yang telah sejuk ke dalam yogurt. Perlahan-lahan masukkan jus lemon, bawang putih, garam dan halia.

3. Cucuk daging ayam sedikit dengan pisau (hingga ke tulang) 3-4 bahagian kepingan kaki/paha ayam. Salut ayam dengan bahan perapan, tutup dan biarkan sekurang-kurangnya sejam (sebaik-baiknya 6-8 jam atau semalaman).

4. Panaskan ketuhar hingga 240°C. Pindahkan kepingan ayam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga ayam masak keperangan di bahagian atasnya. Ayam telah masak apabila jus jernih mengalir keluar.

5. Biarkan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum dihidangkan dengan sos pudina.

6. Hidangkan bersama naan, roti paratha, atau nasi kukus.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mudahnya Kira Kalori Bersama Coach Mummy Mars

Assalamualaikum
Ramai orang ingat cara nak kurus adalah dengan diet. Diet ini maksudnya sanggup berlapar tak nak makan dan tak nak makan nasi. Sebenarnya konsep kurus ni adalah SANGAT SALAH. Cara ini sebenarnya akan buat anda rasa nak makan yang membuak-buak dan ianya tak baik untuk kesihatan. And end up anda still kat berat yang sama dan tahap kesihatan anda tak baik, selalu tak sihat, letih dan mengantuk.

Tau tak anda pemakanan dan diet yang baik adalah dengan mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam secara tetap tanpa perlu skip satu meal pon?

Anda sebenarnya boleh makan apa saja yang anda suke tanpa perlu rasa lapar dan bersalah, dalam masa yang sama anda masih lagi dalam proses untuk menguruskan badan.



Bagaimana caranya? MUDAH SAHAJA.

Tips mudah untuk menguruskan badan tanpa perlu berasa lapar adalah dengan mengira kalori pemakanan kita. Kalori sangat diperlukan oleh badan kita. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Penting mengetahui jumlah kalori

3 Sebab Mengapa Wanita Lebih Susah Turunkan Berat Badan Berbanding Lelaki

Korang Tau Tak?


Wanita lebih susah untuk turunkan berat badan berbanding lelaki kerana 3 sebab ini :
#1Tubuh wanita lebih kecil dan lebih ringan berbanding lelaki maka kalori yang terbakar adalah sikit.







#2Tubuh wanita mempunyai lebih lemak dari lelaki. Lemak ini berada di bahagian dada dan pinggul. Ini untuk menampung tenaga ketika wanita itu mengandung dan menyusukan. MALANGNYA lemak ini tidak akan 'berganjak'/ terbakar walaupon wanita itu tidak mengandung.







#3Hormon wanita dan kitaran haid yang berubah menyebabkan 'water retention' yang menyebabkan peningkatan berat badan.









***

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat cara untuk kurus, boleh terus Whatsapp mummy di 019-235 8846.

Jangan lupa daftar untuk Projek SEKSI under Coach Mummy Mars yer.


*****DAFTAR DISINI***** Mummy Mars
019.235.8846
Enhancing Love through Health Care.